Pages

Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

Friday, July 6, 2012

Puisi Menonggeng


Koleksi puisi-puisi menonggeng..hehe. Buruk benar bunyinya 'menonggeng'. Tapi puisi-puisi ini memang saya tulis ketika menonggeng. Bukan menunggong secara dzat dan perbuatan, tapi secara qias je..huhu. Istilah yang popular "Frust Menonggeng".


Semua ini aku tulis pada Isnin, 26 December 2011

Hujan
Hujan masih berterusan dan ada kalanya berhenti seketika, 
Memberi ruang rehat bagi yang kelesuan. 
Namun bahagia masih impian

Patah hati jangan mati
Mata kasih memandang sayu tembok perpisahan, 
namun tongkat harapan berdiri kukuh membenam bumi seolah-olah tidak berganjak. 
Ku berpaling dengan seribu keberatan, 
ingin menabur bakti menyiram bumi yang kontang ini dengan air tauhid. 
Moga tangan kecil dan kurus ini tidak lesu mengangkut segala beban, 
sebelum terbitnya sinar harapan. 
Moga tidak kaku seperti tongkat harapan...

Dalam perjuangan ada rindu
Tenang senja merah sebelum gelap malam,
Termenung jauh ku melihat kaki langit,
Yang dihiasi titisan-titisan kecil terakhir hujan,
Ketenangan bersama-sama laungan azan,
Ku pasrah dengan taqdir tuhan,
Tanggungjawab jihad kalimah tauhid wajib diteruskan,
Walau buta penglihatan atau hilangnya kaki untuk berjalan,
Ku tadah jua tangan dengan sedikit harapan,
Agar dikurniakan sedikit kebahagian buat teman ketika hidup,
Atau dihadiahkan hati yang tabah menyala api panji-panji perjuangan,
Yang tak padam walau tenggelam di dasar lautan.

Maju biarpun merangkak
Berlarinya insan itu melawan arus angin kencang,
Kerana dirinya tahu dipenghujungnya ada keabadian
Tidak menghiraukan keramaian yang bersenang lenang,
Dibalik dinding dan atap kukuh yang menghilangkan kerisauan,
Jika tersungkur dilibas hujan dan tanah yang kebasahan,
Berpautnya pada rumput yang tak tercabut,
Tetap merangkak perlahan meneruskan kembara hujung impian...

Ku penggali kebenaran
Ku menggali di tanah ini,
Moga mata air berharga ku temui,
Rahmat tuhan buat kembara yang akan melalui,
Baru ku puas sebelum ku mati,
Walapun sepanjang hidupku hanya seorang penggali..

Masih ada namamu dalam doaku
Desiran ombak menghiasi nyanyian pantai,
Zahir hakikatnya butiran pasir menghanyut bersama buih ombak,
Perlahan-lahan air muka pantai berubah bersama masa,
Di tanjung kasih itu, seketul batu berdiri pasrah,
Tanpa suara ia menyahut percikan air, dengan secebis doa,
Tuhan ku, datangkannya padaku....
 

Sample text

Sample Text

Sample Text